Artikel Motivasi, Pembangunan Diri, Kepimpinan & Kemahiran Pengurusan
Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges:
UGMC is your catalyst for success!
Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges:
UGMC is your catalyst for success!
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi ini menjelaskan dua asas utama untuk mencapai kejayaan dalam sebarang kerjaya, perusahaan atau perniagaan.
Untuk mencapai kejayaan, seseorang MESTI melakukan 2 perkara!
Pertama:
TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
(matlamat besar asas mencapai kejayaan)
Kedua:
MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
(keberanian asas mencapai kejayaan)
Ini adalah nasihat Paul Getty.
Nasihat dan saranan ini perlu kita beri perhatian kerana ianya adalah dari seorang yang amat berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang usahawan dan jutawan minyak yang amat berjaya yang telah mengharungi pelbagai dugaan atau halangan yang amat mencabar sebelum mencapai kejayaan. Kunci kejayaan beliau dalam menghadapi segala cabaran tersebut ialah wawasan yang besar serta semangat wajanya yang amat tinggi dan tidak mengenal erti putus asa.
Oleh kerana amat berat halangan-halangan yang beliau harungi atau alami, pelbagai pihak mengesyorkan agar beliau memberhentikan sahaja usahanya itu iaitu usaha mencari telaga minyak. Dalam situasi yang mencabar itu, wawasan besar serta semangat berani menghadapi setiap dugaanlah yang terus membakar semangat Paul Getty untuk terus mara mencapai cita-cita besarnya.
Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak primitif. Namun, dengan semangat menyala-nyala yang tidak mahu terpadam serta keberanian dan keyakinan beliau yang amat tinggi, akhirnya telah membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan/perusahaan minyak.
Selain berjaya mencari telaga minyak, menggali serta menjualnya, beliau juga telah berjaya meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak negara-negara Timur Tengah. Peluasan perniagaan Paul Getty dari segi geografi juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.
Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty yang hebat ini, kita boleh membuat beberapa kesimpulan dan pengajaran:
Kejayaan tidak akan tercapai dengan hanya bergantung kepada faktor nasib tetapi yang penting ialah perancangan dan usaha jitu.
Untuk mencapai kejayaan besar, matlamat atau wawasan mestilah besar.
Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang usahawan mestilah BERANI menghadapi/menangani sebarang risiko atau cabaran yang dihadapi/dilalui.
Taidin Suhaimin adalah seorang Jurulatih Bertauliah HRD Corp Malaysia, Mentor Keusahawanan, Pengarang dan Penceramah.
"Jika matlamat anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah." Lao Tzee
"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya!" John Petitsenn