Student Training & Development Programs (Program Latihan & Pembangunan Pelajar)
Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges:
UGMC is your catalyst for success!
Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges:
UGMC is your catalyst for success!
Program motivasi dan pembangunan pelajar "Jejak Kejayaan: Membina Semangat, Mencapai Impian" ini diadakan dengan tujuan memberikan motivasi, mendorong semangat, dan membantu pelajar-pelajar kita untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.
Mengukuhkan Semangat Positif: Membantu pelajar mengenali kekuatan diri mereka sendiri dan memupuk semangat positif dalam menghadapi cabaran.
Menggalakkan Kecemerlangan Akademik: Memberikan strategi dan teknik belajar yang efektif untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Membina Keupayaan Mengurus Masa: Memberikan panduan praktikal untuk pengurusan masa yang baik; membantu pelajar menyeimbangkan antara pelajaran, aktiviti luaran, dan berehat.
Membentuk Mentaliti Keusahawanan: Mengilhamkan semangat keusahawanan di kalangan pelajar: membantu mereka memahami nilai pentingnya dalam pembentukan masa depan.
Memperkukuhkan Hubungan Sosial: Membincangkan kepentingan pembinaan hubungan sosial yang sihat, kerjasama, dan sikap positif terhadap persekitaran sekolah.
1. MENGENALI DIRI & MEMAHAMI KEUPAYAAN
Identiti dan keunikan: Mengenal pasti kekuatan dan potensi diri.
Inspirasi daripada tokoh kejayaan: Kisah-kisah kejayaan untuk memberi inspirasi.
2. STRATEGI BELAJAR YANG BERKESAN
Teknik belajar yang efektif: Metodologi pembelajaran yang menyeronokkan.
Pengurusan nota dan latihan: Membentuk amalan belajar yang baik.
Motivasi untuk kecemerlangan akademik: Menjaga semangat dalam pembelajaran.
3. KEUSAHAWANAN & PEMBENTUKAN MINDA POSITIF
Keusahawanan di kalangan pelajar: Peluang dan cabaran.
Pembentukan mentaliti positif: Meningkatkan keyakinan diri.
Pemerkasaan komuniti: Pentingnya sokongan daripada rakan dan guru.
Program motivasi pembangunan pelajar "Jejak Kejayaan: Membina Semangat, Mencapai Impian" ini sesuai dihadiri oleh pelajar di semua tahap, guru dan pentadbir sekolah, ibu bapa, kakitangan sekolah, dan komuniti sekitar.
Bergambar kenangan dengan pegawai-pegawai, guru-guru, dan murid-murid enam buah sekolah rendah dari Sipitang di Dewan SJK (C) Chung Hwa, Mesapol, Sipitang selepas ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar anjuran Yayasan Sabah pada 5 April 2019.